Fluttershy - Diagonal Select

~Sweet Mem0irs~

~@Princess_Diaries@~

~petua_penjagaan_wajah~

<<Assalamualaikum w.b.t kawan-kawan semua...pada hari ini atas permintaan salah se0rang rakan baik Fiza, Fiza cuba berk0ngsi dengan kawan-kawan kat sini segala ilmu yang Fiza ada mengenai penjagaan kulit wajah  di sini...sebenarnya Fiza tidak selalu memakai pr0duk-pr0duk yang ada di pasaran sekarang ini..kadang kala ada waktunya sahaja Fiza memakai pr0duk yang ada di pasaran sekarang. Fiza sering menggunakan pr0duk Garnier untuk pencuci muka dan krim muka agar kulit nampak lebih sekata dan lebih lembap dari kebiasaannya. Namun pada kebiasaannya, Fiza sering mengamalkan petua tradisi0nal yang mak Fiza beri. Sehingga kini, Fiza masih mengamalkannya di rumah mahupun di dalam asrama universiti ini..bagi Fiza, petua tradisi0nal dari 0rang-0rang tua lebih berkesan berbanding dengan pr0duk yang ada di pasaran sekarang serta lebih mudah untuk melakukannya tanpa mengelurkan lebih banyak wang semata-mata. Meh sama-sama kita teng0k apa petua tradisi0nal yang mak Fiza beri pada Fiza untuk diamalkan selalu....!

1) Tips melembapkan kulit muka
  # Ambil lebihan air nasi yang hampir masak dan lumurkannya di atas muka dan leher ketika lebihan air tersebut sudah menjadi hangat. Pastikan lebihan air nasi tersebut betul-betul pekat (tunggu sehingga 20 minit terakhir nasi dimasak atau lebih dikenali sebagai tajen 0leh 0rang-0rang tua). Amalkannya setiap hari dan anda pasti menyedari kesannya tak lama kemudian...^0^
  #Cuci muka dengan air kelapa muda sebanyak 3 kali serta diiringi dengan bacaan selawat ke atas nabi. Bilas dengan air yang bersih setelah membiarkan air kelapa kering di atas muka selang 10-15 minit. B0leh dilakukan seminggu sekali.

2) Tips mencantikkan kulit muka
  # Sapu muka dengan telur putih dan biarkannya sehingga kering. Setelah itu cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi; dan kemudiannya lapkan dengan tuala yang bersih. Lakukannya setiap hari dan inshaallah kulit muka akan lebih tegang berbanding dengan sebelumnya.

3) Tips menyerikan dan menyegarkan wajah
  # Letakkan muka ke dalam wap air yang mendidih dan biarkannya selama 10 minit. Pastikan rambut telah dibungkus dengan kain tuala yang bersih sebelum melakukannya bagi membantu pergerakan urat muka lebih cepat.
  # Mencuci muka dengan air sederhana sejuk pada tiap-tiap pagi sebelum mengg0s0k gigi atau mandi dan diiringi dengan selawat ke atas nabi sebanyak 3 kali. Inshaallah kulit akan lebih berseri.

4) Tips membuat masker muka dan mencerahkan wajah
  # Ambil perahan sebiji (atau lebih jika ingin membuat banyak) limau nipis dan tuangkannya ke atas sedikit tepung gandum. Gaulkan kedua-dua bahan tersebut sehingga rata dan letakkannya di atas muka. Biarkannya sehingga kering dan bilaskan muka dengan air bersih, Kalau b0leh, sebelum membilas muka dengan air bersih..urutlah muka secara berputar dengan perlahan-lahan agar k0t0ran di kawasan muka hilang. Lakukannya dalam 3 hari seminggu, inshaallah nampaklah kesannya.

5) Tips untuk menghilangkan jerawat atau parut di muka
  # Belah 2 biji t0mat0 dan g0s0kkannya ke atas muka sebelum tidur. Buang semua biji-biji t0mat0 yang melekat kat muka dan biarkannya sehinggalah kees0kan paginya. Bilas muka dengan air bersih  pada kees0kannya dan amalkannya 3 kali seminggu sebelum tidur.

6) Tips untuk mencerahkan dan menghaluskan wajah
  # Cuci muka dengan air basuhan beras (air basuhan keempat dan kelima) sebanyak tiga kali dan diiringi dengan selawat ke atas nabi. Biarkannya ia kering dan bilas dengan air sederhana sejuk dan bersih serta lapkan muka dengan tuala yang bersih. Amalkannya setiap hari dan inshaallah anda akan menemui kesannya.



~Ha, begitulah petua tradisi0nal yang selalu Fiza amalkan sehingga kini. Sehingga sekarang Fiza masih lagi rasa berterima kasih kepada mak Fiza kerana menurunkan ilmu kecantikan ini kepada Fiza, dan seterusnya Fiza mampu menguruskan wajah Fiza dan b0leh berk0ngsi ilmu kecantikan ini kepada kawan-kawan. Tetapi Fiza nak nasihatkan kalau dah cuba mana-mana petua tradisi0nal, janganlah lupa untuk terus membanyakkan minum air k0s0ng serta sentiasa memperbaiki akhlak diri kerana kecantikan semula jadi bermula dari situ...sekian dari Fiza pada kali ini, wallahualam^0^>>


No comments:

 
Sparkly Santa Hat Ice Cream