Fluttershy - Diagonal Select

~Sweet Mem0irs~

~@Princess_Diaries@~

Sunday, 15 September 2013

~Rasa_Sakit_Bila_Mencintaimu_Dalam_Diam (BENCI + CINTA = BENCINTA)~

L>Salam dan selamat malam kawan-kawan semua....pada kali ini Fiza ingin berk0ngsi dengan kawan-kawan semua mengenai filem baru yang akan ditayangkan di pawagam. Fiza tak sabar nak men0nt0n filem ni hanya kerana barisan pelak0nnya dan jalan ceritanya yang 'best'...almaklumlah Fiza sudah agak lama meminati Farid Kamil. Selepas membaca sin0psis filem ni, Fiza tertarik untuk mengambil tahu jalan ceritanya sehingga habis. Bagi Fiza,Farid Kamil se0rang yang bertuah kerana mempunyai segala yang wanita zaman sekarang inginkan termasuklah mempunyai bakat yang besar dan paras rupanya yang kacak. Hampir semua lak0nannya memberi kesan terhadap Fiza terutamanya lak0nannya dalam drama "ADAMAYA" yang diadaptasi daripada filem "I'm N0t Single". Ha,berikut merupakan butiran serta sin0psis filem ni khas untuk kawan-kawan yang 'kaki wayang' di luar sana.

Butiran: 

Pengarah: Eyra Rahman
Syarikat Pengeluar: MIG Pictures Sdn. Bhd, Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa: Melayu.
kategori: Filem Cereka .
Genre: Romantik.
Klasifikasi: PG-13 - Bimbingan ibu bapa adalah lebih baik bagi kanak-kanak bawah 13 tahun.
Masa: 114 minit.
Tarikh Tayangan: 26 Sep 2013.

Sinopsis:

Fatia adalah seorang gadis cantik yang mempunyai ciri-ciri yang menarik dan personaliti yang baik. Fatia bekerja sebagai tukang masak di kafe sahabatnya itu. Walaupun bekerja di kafe, Fatia telah menemui Faizal, seorang lelaki kacak dan kaya. Mereka menjalinkan hubungan dan berkahwin walaupun mereka baru mengenali antara satu sama lain. Kehadiran Tiara, anak perempuan mereka hanya mereka membuatkan cinta mereka lengkap. Sepanjang perkahwinan itu, mereka semua hidup bahagia. Tetapi segala-galanya runtuh bermula apabila Fatia mendapati bahawa Faizal telah menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Fatia menghadapi Faizal tetapi dia menafikannya. Faizal juga berkata bahawa wanita itu  adalah sama seperti pelacur untuk memuaskan hatinya tetapi Faizal masih mencintai Fatia dan Tiara. Fatia tidak boleh menerimanya dan menjadi marah. Tiba-tiba Faizal mulai menampar Fatia. Fatia didera oleh Faizal hari demi hari sehingga dia tidak boleh tahan lagi. Fatia menentukan untuk lari dan mencari Shah, rakan baiknya sewaktu kecil. Dengan bantuan rakan-rakannya, Lia, Jane dan Amin, Fatia mengambil Tiara dengan beliau dan pergi ke Langkawi. Apa yang akan berlaku kepada Fatia dan Tiara? Adakah Faizal akan mencari mereka? Bolehkah Fatia melindungi dirinya dan anaknya jika Faizal menemui mereka?

#Fiza harap kawan-kawan semua tidak ketinggalan menyaksikan filem ni di pawagam pada waktu yang ditetapkan...Fiza mungkin tak berpeluang untuk menyaksikan filem ni di pawagam kerana masih berada dalam kawasan universiti,jadi Fiza cuma ingin berk0ngsi inf0 ini khas kepada kawan-kawan yang suka men0nt0n wayang kat luar sana...wassalam....<L

No comments:

 
Sparkly Santa Hat Ice Cream