Fluttershy - Diagonal Select

~Sweet Mem0irs~

~@Princess_Diaries@~

Monday 21 October 2013

~Kehidupan_Kampusku~


~Assalamualaikum dari Fiza untuk kawan-kawan semua...sudah lama tidak mengintai dalam ruangan bl0g ni..almaklumlah kehidupan sebagai se0rang mahasiswa tidak pernah terlepas dari kesibukannya dengan membuat assignment, tut0rial, test, quiz dan sebagainya terutamanya bila semua tugasan ini diberikan secara serentak ataupun memang sengaja melengah-lengahkan  kerja sehingga saat yang terakhir barulah terburu-buru menyiapkannya...lagipula, Hari Raya Qurban atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Eidul Adha baru sahaja berlepas..syukur ke hadratNYA bila Fiza masih lagi dapat bersama-sama dengan keluarga tercinta untuk menyambut Hari Raya Qurban ini.

Fiza antara yang paling awal balik ke universiti sebab ingin melaksanakan tugasan-tugasan yang banyak terbengkalai iaitu pada hari rabu malam khamis (16hb Oktober). Tambahan pula, ada beberapa test akan menyusul pada minggu ini serta pesta k0nv0 turut diadakan pada minggu ini. Kini, nampaklah bayang tatkala menjalani liku-liku kehidupan sebagai se0rang mahasiswa/mahasiswi yang baik (ayat skema)..Ha~ nampak tak gambar di atas tu..? bila sudah balik awal ke universiti ini macam-macamlah dugaannya yang menimpa..yang pertama sekali, NASI!!! Manalah nak cari makanan pagi-pagi ni sebab dah semalaman tak makan nasi dek kerana naik bas selama 9 jam dari Batu Pahat ke K. Terengganu. Susah hidup kalau tiada nasi..dengan keadaan inilah cuma satu-satunya kedai dalam kafe U ni buka. Tapi alahai~ mahalnya!! Hanya sepotong ikan patin masak cili api  sahaja sudah mencecah RM4.00!!! belum lagi campur nasi dan sesenduk sayur.  Masa itu, Fiza diberi caj sebanyak RM6.00 walaupun hanya ambil separuh nasi sahaja..
                                                     
Yang kedua, masalah kesihatan...cuaca kat kawasan Kuala Terengganu kian lembap lantaran peralihan monsun..jadi belum sampai sehari  pun Fiza berada di UMT, Fiza dah ditimpa penyakit demam dan selesema..mujurlah ada 2 0rang seni0r yang graduate pada 19hb Oktober ini menumpang bilik Fiza dan cuba jaga Fiza seharian..0uh~syukur alhamdulillah...tapi bila majlis k0nv0kesyen diadakan,bukan sahaja para mahasiswa/mahasiswi yang mendapat cuti, tetapi staf bahagian pusat kesihatan pelajar turut cuti..lagi susah Fiza nak “claim” ubat terutamanya ubat batuk..makin lama makin teruk sakit batuk Fiza ni..tambahan lagi hari Selasa merupakan test untuk subjek yang pertama yang Fiza hadapi untuk semester 5 ni..




tapi Fiza sempat juga berfikir, bukankah bila kita sudah memasuki alam universiti, kita akan digelar mahasiswa/mahasiswi tapi tidak lagi dengan gelaran se0rang pelajar? Jadi menurut pendapat Fiza, sepatutnya pusat kesihatan pelajar itu ditukar kepada pusat kesihatan mahasiswa ataupun nama asalnya, pusat kesihatan universiti.

*cuma paparan tambahan mengenai beberapa isu yang menjadi masalah kepada para mahasiswa/mahasiswi....j0m kita enj0y....^0^ 



          #Inilah punca masalah yang utama sekali  yang dihadapi olah pelajar ketika mula menjalani hidup kat universiti....



          #Haha!! masalah terbesar kaum hawa sekarang ini....malu tapi mesti nak ambil tahu juga kan....?? Setiap kaum hawa tidak terlepas dengan kecantikan....



             #wahh!! inilah kereta idaman Fiza suatu hari nanti...tapi sekarang  mahasiswa/mahasiswi sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan perhatian di kampus masing-masing...(attracti0n t0 all)


             #Yang terakhir kalinya, setiap makhluk mestilah diciptakan secara berpasang-pasangan kan??? Itulah lumrah manusia...tetapi sekarang ni da menjadi budaya apabila pelajar-pelajar baru sahaja menjejaki universiti...pasti timbul masalah ini.."budaya c0uple".

~Sekian ini sahaja tinta yang mampu Fiza c0retkan pada kali ini...akhir kata,kehidupan di kampus ini diibaratkan sebagai “mata emas” kerana mungkin kita akan terkenang zaman ini sebagai zaman yang indah dan penuh dengan warna warni...wassalam~

No comments:

 
Sparkly Santa Hat Ice Cream