Okeylah, sebenarnya Fiza hanya berniat untuk menulis blog mengenai kesukaran Fiza menghadapi saat-saat genting apabila menyiapkan assignment terakhir pada hari pertama exam final...tetapi baru teringat, ada kawan yang meminta Fiza cuba menulis blog yang berkaitan dengan perkataan "Choy". Sebenarnya perkataan 'choy' ini bermula apabila pelakon dan juga pelawak terkenal, Zizan Razak cuba meletakkan perkataan ini di hujung ayatnya ketika beliau dan Ustaz Azhar Idrus dirakamkan bersama pada ketika itu. Bagi Fiza, Zizan berani membuat suatu kelainan bagi membezakan dirinya dengan barisan pelakon2 lain dengan menyebut perkataan 'choy' untuk setiap perkara yang bagi dirinya tidak relevan atau mencabar pemikiran dan emosi seseorang pada ketika itu....sekarang, cuba lihat...betapa perkataan tersebut memberi impak yang besar kepada masyarakat setempat sehinggakan perkataan tersebut menjadi ikutan @ trendy pada masa kini...ini menunjukkan bahawa Zizan Razak ini mampu mencipta nama dengan sendirinya tanpa bergantung kepada kemahirannya yang mampu mengubah sesuatu perkara menjadi lawak terlebih dahulu..hahha~
kali ini, Fiza ingin mengajukan pendapat tentang contoh-contoh perkara yang boleh membawa kepada perkataan 'choy' ini...jom~
*tengok gambar ini saja terluah perkataan "awesome!" ataupun choy...betul tak...??
*sweet sangat! tetapi melihat pandangan perempuan pada lelaki itu, seolah-olah lelaki tersebut mempunyai rupa yang sangat mengasyikkan....
# ha, berikut merupakan gambar-gambar yang boleh disebut sebagai "choy"...kadangkala perkataan choy ini kita sebut-sebut tanpa mengetahui maksudnya, pelik bukan?? tapi menurut pandangan Fiza, "choy" merupakan perkataan yang membawa maksud suasana yang kelakar dan boleh membuatkan seseorang itu gelak tanpa mengira tempat. Yang ini berikutan apabila Fiza mendengar kisah daripada kawan Fiza yang suka membuat lawak jenaka, dan kisah ini juga mungkin boleh membuatkan kawan-kawan terasa ingin menyebut perkataan "choy"....j0m saksikan:
Kisah 1:
Tiga sahabat berbual-bual
kosong sambil minum kopi. Mereka adalah penguam, akuantan dan suri rumah.
Tiba-tiba seorang pemuda datang bertannya kepada mereka.
Pemuda : Kalau dicampurkan dua dengan dua, berapa jawapannya?
Suri rumah : Senang aja tu… tentulah empat.
Akauntan : Em..! Boleh jadi 3 atau 4, Nanti dulu, biar saya kira semula.
Peguam : Bergantung kepada berapa awak mahu (selamba).
Kisah 2:
Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua
sebagai kenangan.
Isteri : Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?
Suami : Ooo.. awak nak tau ye??
Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya... secara spontan burung kakak tua itu menyanyi Lagu Pop... Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula...
Isteri : Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?
Suami : Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!
Isterinya terus mengangkat kedua-dua belahtangannya dan terdengarlah...
Burung Kakak Tua : SATU-SATU LAH... BODOH!!!

Kisah 3:
Seorang
pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca
kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya
kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…

Kisah 4:
Udin baru berusia 14 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung
akan berkahwin.
"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?" Tanya Udin petah.
"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la... ",jawab Kakak Udin.
Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.
"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?" Tanya Udin petah.
"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la... ",jawab Kakak Udin.
Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.
Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah
Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran. Harun dan Karim
merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah
keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak
di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza.
Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan
Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.
"Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Karim.
"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau
tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang." Balas Harun
pula.
Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.
"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!". Kata Udin dengan girang.
"Sebab apa?" Tanya Kakak Udin.
"Sebab gatal belakang!" Jawab Udin yakin.
Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk,
"Salah nak... sebenarnya gatal depan........"
Kisah 5:
Nenek Ani dirawat di rumah sakit.
Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur
oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira
sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di
doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna
biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan
bahasa isyarat
nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.
Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut di depan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani.
Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasihat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".

Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :
"Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"
*Begitulah beberapa kisah yang Fiza boleh beri pandangan tentang maksud sebenar perkataan "choy" oleh Zizan Razak. Sekian saja dari Fiza untuk tatapan tinta blog pada kali ini...sekian, wallahualam>>
No comments:
Post a Comment