Pada kali ini, fiza ingin berkongsi pengalaman fiza dan keluarga merasai kek lapis Sarawak dan melawat kedai yang menjual kek lapis tersebut...pasti semua kawan-kawan terliur bila lihat gambar kek lapis Sarawak yang telah diadun dengan cantik dan disusun mengikut jenis dan popularitinya. Di sini, fiza ingin menunjukkan beberapa orang pekerja yang menyusun kek-kek lapis tersebut untuk dipaparkan pada kami semua...
= wah~ nampak sedap kan?? memang terasa sedapnya sehingga tengok gambar saja pun boleh terasa kat dalam mulut...semasa fiza masuk kat dalam kedai mini yang penuh dengan kek lapis Sarawak ini juga turut berasa kagum..mana tak hendaknya, semua jenis kek lapis Sarawak yang terkenal tanpa mengira musim ini telah disusun dengan cantik untuk tatapan semua pengunjung..asyik sangat tengok pelbagai variasi kek lapis masa tu sehinggakan 2 jam masa berlalu dengan sangat cepat...fiza dan keluarga berasa sangat beruntung sebab kami dilayan dengan sangat baik semasa berkunjung ke kedai mini itu,sehinggakan kami dibawa untuk melihat cara-cara pemprosesan untuk membuat kek lapis Sarawak yang terkenal dengan harga yang sangat mahal terutamanya pada musim hari raya serta pengurus kedai mini tersebut membenarkan kami semua merasa 10 jenis kek lapis Sarawak secara percuma!! rasa sangat puas hati bila mendapat layanan sebegitu rupa..sepertinya kedengaran 'vacation' untuk pergi ke kedai mini kek lapis Sarawak bukan?? sebenarnya, ayah fiza merupakan kenalan saudara terdekat pengurus kedai mini yang menjual kek lapis Sarawak ini, sebab itulah mendapat layanan yang sangat istimewa daripada pengurus tersebut...hehhe
<<Fiza dapat merasa 10 jenis kek lapis yang dijual di kedai mini tersenamun,but,antaranya ialah kek lapis rempah, blueberry, evergreen, oreo, cheese berry, masam manis, tikar, choc roll, coklat cadbury dan tembikai. Namun, antara benyak-banyak jenis kek lapis yang dijual, fiza telah meletakkan setiap ranking untuk menilai kesedapan dan rupa bentuk kek lapis Sarawak tersebut..ini adalah top 3 yang terbaik dan terkenal dengan kesedapan dan rupa menurut pandangan fiza....
1) Kek lapis Chocolate Roll
2) Kek Lapis Cheese Berry
3) Kek Lapis Tikar
~ ha...begitulah ranking yang telah fiza tentukan intuk setiap kek lapis Sarawak...sungguh, kek lapis Sarawak adalah antara kek yang paling sedap yang pernah fiza rasa setakat ini...percayalah, kek lapis Sarawak ini meletakkan dirinya dalam ranking top 5 yang paling digemari oleh masyarakat Malaysia...sekian sahaja dulu untuk tinta kali ini...akhir kata, manjakanlah dirimu dengan merasai kek-kek yang sedap di Malaysia seperti kek lapis Sarawak..wallahualam~ >>
No comments:
Post a Comment