Fluttershy - Diagonal Select

~Sweet Mem0irs~

~@Princess_Diaries@~

Friday 28 February 2014

~Bulan_versus_BIntang...mana satukah yang paling cantik??? ~

<<Assalamualaikum wbt kawan-kawan...syukur alhamdulillah kerna fiza diberikan peluang sekali lagi untuk mencoret pengalaman dan menyebarkan ilmu yang ada dalam blog ini oleh Allah SWT...sebelum itu, fiza berharap semua kawan-kawan yang menjenguk blog ini turut sama-sama sihat dan semoga mendapat rahmat dariNYA juga,inshaallah~
Berikutan dengan tema di atas, fiza ingin berkongsi pendapat dengan kawan-kawan tentang kedua-dua kejadian Allah SWT yang sama cantik ini..rata-rata fiza bertanyakan hal ini kepada kawan-kawan dalam satu universiti mahupun dalam rangkaian facebook, hampir semua mengatakan jawapan yang sama iaitu bintang lagi cantik daripada bulan sebab bintang boleh mengeluarkan cahayanya sendiri tanpa bantuan cahaya matahari..bulan pula kadangkala sahaja muncul di kala penuh dan mengambil cahaya matahari untuk bersinar pada waktu malam. Cuma fiza nak utarakan kat sini, adakah kawan-kawan juga mempunyai fikiran yang sama dengan mereka?

Sebenarnya, bagi fiza kedua-duanya sama padan,sama cantik...sehinggakan kebanyakan peribahasa melayu kuno sering dikaitkan dengan bulan yang membawa maksud ataupun melambangkan kecantikan..contohnya, bila kita membaca hikayat-hikayat melayu terdahulu, wajah puteri-puteri raja pada zaman dahulu sering digambarkan seperti bulan purnama.

Oleh sebab bulan dan bintang sering dikaitkan dengan lambang kecantikan, hampir setiap hari fiza tengok bulan dan bintang dari asrama tingkat 4 sebelum tidur...memanglah kata orang-orang tua,kalau dah tengok bulan dan bintang pada waktu malam pasti kita berasa sangat kagum dengan orang yang menciptakannya..jadi, automatik fiza akan memuji kekuasaan Allah SWT setiap kali setelah melihat dua kejadian tersebut..dari senja pukul 7.20 malam, seterusnya pukul 12.30 malam dan akhirnya lihat bulan ketika waktu subuh pukul 5.45 pagi... Subhanallah,walhamdulillah,walailahaillallahuwallahuakbar.....memang sangat cantik ditambah lagi dengan hiasan corakan bintang di dada langit...cubalah kawan-kawan mencari masa untuk melihat dua-dua kejadian Allah SWT yang sangat unik ini...pasti kawan-kawan mula jatuh hati terutamanya terhadap penciptaNya sendiri..wallahualam>>
gambar bulan sabit waktu subuh dari bilik fiza
gambar bulan dan bintang dari pandangan jauh, manarik bukan??


No comments:

 
Sparkly Santa Hat Ice Cream