Fluttershy - Diagonal Select

~Sweet Mem0irs~

~@Princess_Diaries@~

Sunday 2 March 2014

~Terasa_Hati??? Biarkanlah Ia Berlalu Pergi~

<<Assalamualaikum wbt semua...pada slot menulis blog kali ini, fiza nak kupas topik terasa hati ini dengan lebih mendalam. Adakalanya kita rasa bahawa kita memang tergolong dalam golongan orang yang sensitif, tetapi orang di sekeliling kita dapat mengesannya hanya dengan mengutarakan gurauan kasar terhadap kita. 

Fiza memang mengaku fiza turut tergolong dalam kalangan orang yang sensitif sebab fiza telah diciptakan mempunyai perasaan tersebut...dan pada malam ini juga fiza merasai perasaan itu sekali lagi di hadapan seorang kawan yang mempunyai umur yang sama dengan kakak kandung. Fiza begitu pelik bagaimana seseorang itu boleh tidak mengaku bahawa dia juga mempunyai perasaan sensitif?? mungkin bagi dia semua perkara boleh di'settle' dengan mudah dan dia jenis orang yang tidak pernah ambil kisah..tetapi hakikatnya bila kawan lain cuba memperendahkan kemampuan yang dia ada dan memandang randah terhadap semua kelebihan yang dia ada, pasti dia akan tercabar, bukan?? dan itulah dilema yang dihadapi fiza sekarang ini. Kawan yang kita anggap sebagai kakak angkat akhirnya memandang rendah kepada kita.
Jadi, di sini fiza cuba ingin cuba katakan dan berkongsi untuk menjadi seorang yang pemaaf. Contohnya, kita boleh ambil nilai tersebut dalam diri pemimpin kita sendiri, Rasullullah saw dan para sahabatnya sendiri. 

Sebenarnya, fiza ingin turut sama menyindir kembali apa yang kawan itu cakap pada fiza..namun,syukur alhamdulillah fiza sempat mengingat kembali pesanan Rasullullah saw dalam hadisnya, "La Tharghab, La Tharghab, La Tharghab..." Begitu mulia dan sayangnya nabi Allah SWT kepada kita apabila melihat kita berada dalam situasi diluar emosi kita sendiri. Pesanan di atas yang membawa maksud jangan marah sebanyak 3 kali cuba disampaikan oleh Rasullullah saw sendiri ketika baginda melihat seorang daripada rakannya tengah berada diluar emosinya.
Selain itu, mengambil wudu' dapat memadamkan api kemarahan. Setelah fiza mendengar ucapan yang terkeluar daripada kawan tadi, fiza segera mengalihkan muka daripada melihat kawan tersebut dan segera mengambil air wudu'..marah boleh tercipta apabila sang syaitan yang durjana telah meniup api dalam diri dan hati semua anak Nabi Adam a.s...namun,hati fiza tetap kurang selesa walaupun fiza telah mengambil wudu' sebanyak 2 kali. Akhirnya, fiza mengambil keputusan untuk mencurahkan segala perasaan kepada salah seorang roommate. Walaupun roommate ini mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan orang di sekeliling, tetapi dia masih lagi boleh menjadi pendengar yang baik. Alhamdulillah, selepas itu barulah api kemarahan dapat reda dengan sendirinya. Mungkin kawan-kawan berfikir bahawa fiza mempunyai niat mengkritik@ mengata terhadap kawan yang menggunakan bahasa yang tidak disenangi ketika mengutarakan pendapat itu, tetapi sebaliknya itulah yang membantu kita untuk mengurangkan lagi kemarahan kita...kita cuma mengatakan apa ketidakpuasan yang terbit dalam hati kita terhadap sikap seseorang itu dan cuba mengambil inisiatif untuk memperbaiki diri untuk dijadikan pengajaran terhadap diri disertai dengan niat untuk tidak menjatuhkan maruah kawan tersebut, inshaallah kita akan terlepas azab dariNYA. 

Akhir sekali, fiza ingin membiarkan perasaan terasa hati ini berlalu pergi dengan memenuhkan hati ini dengan taman-taman bunga nan indah dengan cara menyebut astaghfirullah sebanyak 100x, subhanallah 33x, alhamdulillah 33x dan allahuakbar 33x sebelum tidur. Inshaallah dengan izinNYA hati ini terhapus dengan segala api kemarahan dengan serta merta dan segala kejadian yang tidak menyenangkan hati fiza dapat dihilangkan dan terpadam dari memori kotak fikiran. Diharapkan agar semua kawan-kawan semua dapat mengatasi masalah penyakit terasa hati dengan cara yang sebaiknya. Elakkan dari sikap berdendam dan terus memarahi kepada seseorang yang membuat perkara jahat terhadap kita, sebaliknya mendoakan yang terbaik untuknya semoga dia dapat berubah juga suatu hari nanti kerna kita akan mendapat bahagian yang lebih baik di alam sana..sekian sahaja slot penulisan blog kali ini dari fiza, wassalam>>XoXo

No comments:

 
Sparkly Santa Hat Ice Cream