Fluttershy - Diagonal Select

~Sweet Mem0irs~

~@Princess_Diaries@~

Friday, 21 February 2014

~ manjakanlah_dirimu_dengan_gaya_fesyen_rambut_terkini_wahai_wanita!!!~

<<Assalamualaikum wbt kawan-kawan semua..hari ini fiza nak tunjukkan teknik-teknik menggayakan rambut terkini yang mula menjadi tempat di hati peminat setia fesyen. Jom fiza tunjukkan gaya-gaya rambut yang mendapat ranking terbaik sekarang ini..gaya-gaya rambut ini biasanya digayakan oleh selebriti terkenal hollywood seperti Jennifer Love Hewitt, Courtnee Draper, Taylor Swift, Winona Ryder, Melanie Iglesias, Jennifer Lawrence dan sebagainya.






Menarik bukan??? sebenarnya ada banyak lagi cara untuk menggayakan rambut..agak pelik jika fiza sibuk tengok fesyen gaya rambut terkini sebab fiza ini bertudung litup penuh..tapi percaya atau tidak, rambut merupakan aset yang paling penting bagi seseorang wanita selain daripada kehormatan diri sehingga diberi jolokan mahkota wanita yang kedua. Walaupun fiza dan kawan-kawan yang kat luar sana bertudung litup, percayalah kita semua masih berhak untuk menggayakan rambut di dalam rumah meskipun bukan untuk tontonan orang ramai. Bagi kawan-kawan yang sudah berkeluarga atau dah berkahwin, anda semua juga boleh menggayakan rambut anda seperti ini dengan niat untuk menjadi cantik di hadapan sang suami tercinta...siapa tahu kalau-kalau sang suami lebih menyayangi anda setelah melihat penampilan baru anda dengan gaya rambut yang baru, bukan...?? Sebenarnya gaya rambut boleh menunjukkan personaliti dan peribadi seseorang. Contohnya seperti gambar selebriti model yang pertama, gaya rambut tersebut melambangkan beliau yang sangat anggun dan bergaya, mempunyai darjat yang tinggi(contohnya Ratu sesebuah negara) dan agak bersifat kewanitaan. Semua fesyen gaya rambut hanya boleh didapati di fb fanpage Clozette Beauty.com atau lebih senang kalau fiza beri linknya sekali iaitu:


 Selain itu, Clozette Beauty.com ini juga menerangkan tips-tips penjagaan rambut dengan betul dan menunjukkan langkah-langkah untuk menggayakan rambut yang terbaru...jom kita tengok pulak bagaimana nak menggayakan rambut mengikut fesyen terkini....







 


ini adalah salah satu gaya rambut yang menjadi kegilaan wanita pada masa kini terutamanya sekali masyarakat Jepun dan para otaku



Ha~ tutorial untuk menggayakan rambut dah siap..! sekarang semua teknologi canggih dah ada,jadi apa tunggu lagi?? manjakanlah dirimu dengan sentiasa merapikan dan menggayakan rambut anda wahai wanita!! biar orang pandang muka kita buruk, asalkan kita pandai menjaga penampilan diri dan sentiasa berkeyakinan, inshaallah orang lain akan mendekati kita...sekian sahaja dahulu kali ini,wallahualam>>

No comments:

 
Sparkly Santa Hat Ice Cream