Fluttershy - Diagonal Select

~Sweet Mem0irs~

~@Princess_Diaries@~

Thursday, 20 February 2014

~Hope My Dreams Will Be Come True Against Time~

<<Assalamualaikum semua...dah lama tak menulis dalam blog..alhamdulillah fiza da seminggu berada di UMT ini..berusaha menjadi yang terbaik untuk mendapatkan degree of accountancy ini..walaupun result ala kadar sahaja semester lepas tetapi masih lagi boleh bernafas. Dan fiza terpaksa menangguhkan pengajian di UMT selama satu semester (jadi bila dah dicampur tolak jadilah 4 tahun setengah)..sukar nak gambarkan perasaan semasa tengok result itu..nak kata kecewa, memang ya..nak kata marah, tapi tak tahu nak marah kepada siapa...cuma fiza menganggap ini adalah satu ujian yang sangat besar bagi fiza sebagai pelajar universiti. Cuma yang buat fiza terkilannya adalah fiza tak dapat sama-sama graduate dengan kawan-kawan fiza yang lainnya...mereka semua memang superb! cuma nasib tak menyebelahi fiza semester lepas...apakan daya, kalu nak menangis sehingga menitiskan air darah pun tidak mengubah apa-apa haluan yang fiza lalui sekarang ini. Hurmm~ nasib baik parents amat memahami kemampuan fiza dalam bidang accountancy ini awal-awal lagi..mereka sentiasa bertanyakan fiza melalui mesej ataupun menelefon sekerap yang mungkin untuk memberikan sokongan moral kepada fiza...alhamdulillah~ fiza sentiasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerna diberikan hati yang cukup tabah dan family yang sentiasa menyokong dari segi kewangan mahupun moral di belakang fiza..merekalah tulang belakang fiza untuk meniti kejayaan di dunia dan di akhirat. Bila melihatkan pemandangan dan gambar menara Eiffel sahaja, sudah cukup membuatkan semangat fiza mulai pulih.

Baiklah, sebenarnya pagi-pagi lagi dah menghadap blog kesayangan ini cuma ingin mendapatkan sesuatu yang baru, sesuatu yang berlainan dari sikap fiza yang sebenarnya, sesuatu yang mampu membuatkan fiza rasa ingin lebih bersemangat untuk belajar tanpa jemu, sesuatu nasihat dan teguran yang baik daripada kawan-kawan semua yang sudi singgah dalam blog fiza ini untuk menaikkan semangat fiza kembali yang sudah hilang. Semasa kecil dahulu, fiza sentiasa berangan untuk membina impian setinggi menara eiffel, kumpul duit banyak-banyak dan bawa semua keluarga dan bakal imam fiza pergi melancong ke serata dunia.
Belajar tinggi-tinggi sampai dapat mencecah ketinggian Gunung K2 atau Gunung Chogori (gunung kedua tertinggi di dunia) dan berkawan dengan orang-orang yang mencintai ilmu (supaya fiza dapat menjadi seperti mereka juga) dan mengumpulkan  wang sebanyak yang mungkin untuk tolong orang yang berada dalam kesusahan. 

Gambar pemandangan di sekitar Gunung Chogori atau lebih dikenali dengan Gunung K2

Tetapi sekarang ini semangat fiza semakin merudum gara-gara musibah yang fiza baru dapat..memang tak pernah bayangkan bahawa fiza akan menghadapi cabaran yang paling berat sepanjang hidup fiza selama 22 tahun. Semasa fiza berkurung dalam bilik selama beberapa hari dan hampir-hampir saja putus asa, fiza tiba-tiba teringat satu kata-kata yang datang dari seorang guru yang juga merangkumi kawan baik dan fiza angkat dia menjadi ibu angkat suatu ketika dahulu. Beliau yang juga salah seorang guru di sekolah tempat fiza menunutut amat memahami dan mengetahui bahawa fiza amat suka dengan satu-satunya bangunan konkrit yang terkenal di benua Erropah yang juga diberi jolokan nama sebagai gambaran percintaan dan semangat. 

Kata-katanya yang sentiasa membuatkan hati fiza tersentuh dan kembali untuk mencari keampunan dan redha dariNYA meskipun ibu angkat fiza sudah lama meninggalkan dunia ini. Kata-kata nasihat yang diucapnya suatu ketika dahulu adalah lebih kurang berbunyi "kalau fiza mempunyai paras rupa yang sempurna di mata manusia,kenapa fiza tidak pernah menggunakan paras rupa itu untuk melakukan ibadah serta mensyukuri nikmat yang ada pada fiza sehingga tampak sempurna di mata Allah jua? kalau hati dan semangat fiza kental dan betah seperti menara eiffel dengan segala kritikan dan umpatan yang datangnya dari manusia, kenapa hati dan semangat fiza tidak boleh sabar dan tabah juga seperti sejuknya air zamzam di Makkah tatkala Allah menguji keimanan dan ketaqwaan yang ada dalam diri fiza? Bangkitlah tanpa menoleh ke belakang, nescaya Allah pasti akaan mendengar rintihan hamba-hambanya yang sabar dalam menghadapi musibah. Kejarlah ilmu-ilmu yang ada di dunia ini dan janganlah fiza kejar harta-harta yang ada di dunia ini untuk kesenangan hidup di dunia dan di akhirat. Teruskan berusaha untuk menjadi orang yang menang kerna di dunia ini orang yang menang pasti akan merasai kegagalan yang pahit untuk ditelan dahulu sebelum meraih kemenangannya yang amat manis melebihi manisnya rasa madu lebah itu..inshaallah semoga fiza sentiasa mendapat keberkatan dah keredhaan dariNYA......"


 Kata-kata yang cukup bermakna bagi fiza ini cukup membuatkan fiza rasa terharu dan bersedia kembali untuk sentiasa bangkit tanpa rasa jemu. Kata-kata ini jugalah satu-satu kata yang fiza abadikan sebagai kenangan terakhir dari beliau yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan teguran yang bermanfaat kepada fiza. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan selamat dari azab kubur..akhir kata dari fiza, fiza berharap kawan-kawan yang singgah dalam blog fiza dapat menyedekahkan sebuah surah al-fatihah  kepada beliau yang telah diberi nama Pn Hajah Saniyah...wallahualam>>      

No comments:

 
Sparkly Santa Hat Ice Cream