sekadar gambar hiasan
Ada pula belia yang sempat lagi menyumpah seranah pakcik tua itu ketika melalui jalan yang diduduki oleh pakcik tua tersebut..fiza dan kakak sempat lagi berkongsi duit untuk beri pada pakcik itu, walaupun hanya sekeping not hijau rm5( sebab kami juga kekurangan untuk tambang bas untuk balik ke rumah)..fiza bukannya apa, tapi rasa sangat sedih sangat dengan keadaan macam itu....ini baru sahaja namanya Batu Pahat, belum lagi tempat-tempat yang besar seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur, Seremban, Shah Alam dan sebagainya...sebenarnya bagi fiza, apa yang paling menyedihkan bukannya pakcik tersebut, tetapi ialah sikap belia itu sendiri terhadap masyarakat sebegini..cuba kita 'refresh' balik isu-isu sekarang ini...tatkala ini, masyarakat berada, hartawan-hartawan dan semuanya yang mempunyai pangkat berlumba-lumba nak jual nama mereka dengan menunjukkan kekayaan mereka sendiri terhadap perkahwinan anak mereka, memakai pakaian yang mewah-mewah, makan-makanan yang lazat di bawah bumbung yang bertatahkan emas dan tidur di atas katil yang penuh dengan permata yang berwarna-warni serta mempunyai jet persendirian yang harganya mncecah berbillion-billion ringgit..apabila membuat perkara amal yang kecil sahaja seperti menyumbang 3 ribu ringgit misalnya terhadap masyarakat asli dan rumah anak yatim, mulalah untuk menguar-uarkan kebajikan yang mereka lakukan dalam berita...
Sedangkan masyarakat yang tidak mempunyai perlindungan seperti pakcik ini, siapa sahaja yang mampu pertahankan mereka?? tengoklah betapa negatifnya pemikiran kita semua terhadap masyarakat sebegini...fiza agak jelas, pada zaman sekarang tidak ramai yang boleh kita percaya...tetapi cuba bayangkan, takkanlah kitahendak membiarkandiri kita semua di bawah pemikiran negatif sebegitu?? bagi fiza, kata kunci untuk hidup zaman sekarang ialah berfikiran positif dan istiqamah dalam melakukan sesuatu..tidakkah kita semua melihat berita global di Syria, disebabkan mereka yang sentiasa berfikiran negatif terhadap sekelilinglah, mereka jadi begitu...malahan yang menjadi korbannya adalah kanak-kanak yang berusia 5-17 tahun,mungkin sebaya dengan adik-adik kita mungkin yang mana sentiasa hidup dengan kemewahan yang sedia ada dengan teknologinya yang sangat canggih tetapi kurang dari segi nilai murni.
sekadar gambar hiasan
Fiza tulis coretan kali ini bukannya untuk menyalahkan sesiapa, juga bukan niat untuk menunjuk baik ataupun beremosi terhadap kawan-kawan kat luar sana...cuma sejujurnya, fiza amat sensitif terhadap perkara ini...mungkin kita lihat orang-orang meminta sedekah itu cuma ingin meraih simpati terhadap kita semua dan ingin mendapatkan wang dengan cara yang sangat mudah iaitu menipu, tetapi sebagai manusia, kita tidak boleh menidakkan kuasa Tuhan Yang Maha Esa..soal menipu itu hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu dan Tuhan jugalah yang membalasnya, setidaknya sebagai seorang yang berperikemanusiaan, kita telah cuba sedaya upaya dengan menolongnya dan mendoakan yang terbaik untuknya supaya masyarakat sebegini dilindungi dan mendapat keselesaan yang sama dengan kita..fiza berharap dengan coretan kali ini, kita semua sama-sam dapat mengubah diri kita ke arah kebaikan dan seterusnya mendapat tempat yang terbaik di sisiNYA...inshaallah~ sekian,wallahualam>>
No comments:
Post a Comment