<<Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan...kali ini, fiza nak berkongsi filem-filem yang bakal ditayangkan pada tahun 2014 terutamanya filem tempatan (Malaysia)..seringkali kita tengok filem-filem dari luar negara tetapi sedar tak sedar, filem tempatan perlulah kita semua utamakan terlebih dahulu..betul tak?? kalau tidak,macam mana Malaysia hendak membangun dan berkembang sedangkan kita hidup sebagai rakyat Malaysia tidak menyokong sepenuhnya apa yang cuba dihasilkan oleh negara kita,kan??
Okeylah...sebelum itu, fiza nak minta maaf banyak-banyak sebab baru ni jarang tulis kat dalam blog disebabkan perkara-perkara yang tidak boleh dielakkan..maklumlah duduk di kawasan kampung jarang dapat 'line' internet..lepas itu, fiza kenalah berlatih untuk menjadi surirumah tangga yang berjaya, sebagai seorang pelajar universiti dan mengimpikan kehidupan yang penuh dengan kerjaya, fiza tak lepas juga untuk hidup sebagai seorang surirumah tangga apabila mengalami kehidupan selepas kahwin. Jadi, fiza sedaya upaya berlatih untuk meningkatkan skill masakan yang sedia ada dan mengemas rumah selain daripada membersihkan kawasan rumah...kadangkala, fiza menggantikan tugas orang sebagai cleaner dalam sebuah sekolah rendah elit.
Dan disebabkan fiza sentiasa menggantikan orang dan bertugas sebagai cleaner, fiza pula ditarik sebagai motivator untuk memberikan 'talk' kepada pelajar-pelajar Tahap 2 sekolah tersebut pada setiap minggu(2 kali sahaja) oleh guru pusat kaunseling dan guru disiplin sekolah itu..mula-mula timbul rasa malu yang teramat sebab kalau diikutkan fiza memang langsung tiada pengalaman dalam majlis sebegitu, cuma menjadi fasilitator untuk pelajar sahaja..tetapi bila difikirkan kembali, fiza merupakan seorang PRS di universiti, jadi bila lagi fiza akan gunakan bakat fiza yang sedia ada kan? Dan Alhamdulillah~ kedua-dua majlis 'talk' dengan isi penyampaian yang bertajuk "Rancangan Awal Menghadapi Peperiksaan" dan "Perjalanan Kamu Menghadapi Zaman Remaja" berjalan dengan lancar...syukur ke hadrat Ilahi..
Baiklah, seperti yang dijanjikan, fiza amat meminati filem "latest" ini dan tidak sabar menunggu keluarannya...j0mm~
MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA
Filem ini diadaptasi daripada novel berjudul "Manisnya Cinta" oleh Anis Ayuni. Filem ini dibintangi oleh Nur Fazura, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Eja, Faizal Hussein dan ramai lagi..filemini belummempunyai tarikh spesifik keluarannya tetapi memang dijangkakan akan ditayangkan pada tahun 2014 ini. Selepas drama bersiri "Kisah Cinta" yang menampilkan keserasian antara Fazura dan Sam,pastinya kawan-kawan semua turut tidak sabar menunggu tayangan filem ini.
APAKOLIPS X
Filem ini khabarnya ditayangkan pada tahun 2013, namun disebabkan mempunyai masalah daripada pihak produksi, filemini akan ditayangkan pada tahun 2014 pula. Namun begitu, filem arahn Mamat Khalid ini dikatakan mampu menembusi pasaran tempatan dan luar negara...kedengaran agak menarik bukan? Filem ini turut dibintangi oleh Farid Kamil, Jehan Miskin, Peter Davis, Zoee Tan, Varassan, Adam AF dan ramai lagi..nantikan kemunculannya pada tahun 2014 ini!
THE AMAZING SPIDER-MAN 2 BELLE
Dalam The Amazing Spider-Man 2, kehidupan Peter Parker (Andrew Garfield) dihabiskan dengan membanteras jenayah serta mengisi waktu siangnya dengan wanita yang dicintainya, Gwen (Emma Stone). Peter juga tidak pernah melupakan janjinya pada ayah Gwen yang tewas akibat serangan The Lizard, bahawa dia akan menjauhi hidup Gwen demi keselamatannya. Namun janji itu agak sukar untuk ditunaikan oleh Peter. The Amazing Spider-Man 2 Belle akan mula pecah masuk panggung wayang pada 2 Mei 2014. Nantikan bersama!
DESPICABLE ME MINIONS
Setelah tayangan filem Despicable Me 2 pada tahun lepas, ternyata filem ini masih lagi berlanjutan dengan kehadiran minion-minion baru dalam filem tersebut. Apabila rujuk pada tajuk filem ini, kemungkinan besar watak minion-minion ini akan beraksi dengan lebih banyak dalam filem ini. Tambahan pula, filem ini memaparkan seorang lagi pemain watak baru iaitu Sandra Bullock. Filem ini telah dijangkakan akan mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 14 April 2014.
THE EXPENDABLES 3
Pelakon aksi Asia, Jackie Chan khabarnya akan membintangi filem ini. Selain itu, aktor terkenal US, Nicholas Cage juga turut membintangi filem The Expendables 3 ini. Sinopsis untuk filem ini tidak lagi didedahkan dan dijangkakan bahawa filem ini akan mula pecah masuk panggung US pada 15 Ogos 2014. Sama-samalah kita nantikan kemunculannya....
Okeylah, sekian ini sahaja dahulu yang dapat fiza sama-sama kongsikan. Disebabkan masih menggalas peranan sebagai seorang penunutut universiti, fiza tak mungkin sempat keluar untuk tengok filem-filem ini semua. Mungkin hanya download sahaja yang mampu untuk menghilangkan kebosanan 'student's life'...wassalam>>XoXo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment