Bahan-bahan :
- Sekilo otak cucu Adam
- Seubuh daging muda
- 211 kerat tulang
- Sedulang kulit insan (dibersihkan dahulu)
- Satu kawah air iman
- 1 kotak air jiwa dinamis
- 1 kawah minyak malaikat
- Tujuh ruas takwa jati
- Sejuta helai daun amal soleh
- Empat sudu besar serbuk kebangsaan tulen
- Satu tempayan pati perjuangan
- 365 batang pengayuh
- 12 lori pati buah rajin
- 7 depa kayu manis hidup
- 7 hasta batang wali pahit
- 7 jengkal kulit asam hidup
- 7 sudu besar akhlak mulia
- 1 sudu kecil omong-omong kosong
- 365 ulas bawang gigih
- 1 tin besar kepala santan asmara
- Setubuh nafsu Hawa
- Setitik air baka Adam
- 1 kolah air semangat
- Segenggam air berani
- Selaut air limau
- Serbuk korban (sesedap upaya)
- Garam hidup secukup rasa
- Serbuk perisa sesuka hati
Dah lihat bahan-bahan masakan yang perlu untuk menyediakan masakan lazat untuk jadi khaifah yang sempurna, jom kita kongsi bersama tentang cara-cara menyediakannya pulak...
Cara menyediakan :
Bersihkan daging dalam iman. Buangkan segala lendir-lendir hasad dengki, tamak, khianat, dan pemalas. Kikis secara perlahan nafsu haiwan jika ada. Kemudian, balutkan daging di tempat yang berdekatan dengan betis, supaya ia tanggal menjadi tulang kering. Sadurkan daging itu dengan kulit insan yang telah dibersihkan tadi.
Giling daun sedar, daun insaf, daun sabar, dan 7 ulas takwa secara lumat. Kemudian, masukkan serbuk akhlak mulia. Jika terlalu kering,masukkan sedikit air iman. Tumiskan semua dalam minyak malaikat hingga nampak warna kekuningan. Masukkan tumisan itu ke dalam otak cucu Adam ketika ia masih panas lagi. Perlu diingatkan jangan sesekali masukkan ketika ia sejuk.
Selepas itu, masukkan otak cucu Adam ke dalam kepala dan diletakkan di bahagian atas daging tadi. Adunkan serbuk semangat kebangsaan darah gemuruh ke dalam daging dan hembuskan nafas keislaman ke dalamnya supaya ia menjadi insan. Bahagikan sejuta talam daun amal soleh, satu kotak air dinamis, 1 tempayan perjuangan, 365 kelopak bungadedikasi, 1 kolah air semangat dan 11 buah lori rajin kepadalebih kurang 60 bahagian yang sama rata. Bakinya disimpan baik-baik dalam peti sejuk. Letakkan insan tadi ke atas bahtera.
Letakkan bahtera itu di tepilautan bergelora. Isikan bahtera dengan buah rajin, kayu manis hidup, batang wali pahit, kulit asam hidup, bawang gigih dan nasi berani. Berikan kepada insan itu sebatang pengayuh pada tiap-tiap kali matahari terbit untuk mengayuh bahtera itu. Sekali-sekala masukkan nafsu Hawa dengan merenjiskan sedikit kepala santan asmara ke dalam acuan lain kerana mungkin berkarat, kotor dan merbahaya. Jika perlu, masukkan setitik air baka Adam. Masukkan garam hidup secukup rasa dan renjislah dengan air limau mendidih, berombak dan bergelora. Masukkan bahtera itu ke dalamnya. Kacau perlahan-lahan sehingga nampak benih putih di atas umbun-umbunnya. Jika penat mengacaunya, rehatlah sebentar dan ketika itu masukkan setengah sudu omong-omong kosong. Jika masih penat juga, masukkan sedikit pati buah rajin.
Hidangkan masakan bahtera insan sempurna di atas pinggan yang beralaskan pinggan keupayaan kepada Allah SWT supaya dinikmati manusia.
Alhamdulillah~ setelah mengetahui rahsia kejayaan dan resipi masakan yang lazat untuk menjadi khalifah sempurna di hadapan Allah SWT, apa kata kita semua imbas kembali dan menginsafi segala perlakuan yang sia-sia yang kita pernah lakukan dan sama-samalah kita berusaha memperbaiki diri dan menjadi khalifah yang sempurna seperti di atas 'till' jannah. Utamakan prinsip "Fisabillillah" dan inshaallah kita akan berjaya...wallahualam>>XoXo
No comments:
Post a Comment