Fluttershy - Diagonal Select

~Sweet Mem0irs~

~@Princess_Diaries@~

Sunday 16 March 2014

~I'm becoming facilitator againn??? 0wh, how sweet memories I have through!!~



<<hai semua...kali ini fiza ingin berkongsi mengenai pengalaman fiza dalam menjadi fasilitator bagi mengendalikan semua pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM dari satu negeri Terengganu pada 15hb Mac 2014. Bayangkanlah hanya 55 0rang fasilitator sahaja yang dipilih untuk mengendalikan 1700-1800 orang pelajar...! kami seramai 55 tenaga fasilitator turut menjadi AJK dan urusetia ketika sesi pendaftaran untuk semua pelajar dari serata Terengganu..walau penat dan sibuk macam mana sekalipun menjadi AJK pendaftaran pada pagi tersebut, fiza memang sangatlah gembira apabila melihat semua wajah ceria pelajar-pelajar begitu bersemangat untuk menghadiri program "Jejak Menara Peringkat Terengganu" anjuran YADIM dan Pusat Islam UMT. 
Tenaga fasilitator pula dibahagikan kepada 3 iaitu 20 orang dari kelab PRSUMT(termasuk fiza), 20 orang dari kelab PEKA(counselling club) dan 15 orang lagi dari kelab YADIM Unisza. Seronok sangat bila kita dapat meluaskan rangkaian kenalan kita melalui program kebajikan macam ini.



Program yang mula mendapat sambutan yang agak menggalakkan terutamanya dari peserta PLKN telah dirasmikan oleh Dato' Jailani bin Ngah, setiausaha politik Dato' Sri Najib (Perdana Menteri Malaysia) merangkumi pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM pada sebelumnya. Beliau menerangkan betapa pentingnya ilmu dalam segenap kehidupan kita sehinggakan formula JAKIM turut dicipta olehnya dalam ucapan teks perasmiannya. Mari ikuti apa formula yang disediakan oleh Dato' Jailani ini....
J = Jati diri
A = Amanah, Adil
K = Ketaqwaan
I = Ikhtiar, Ikhlas
M = Muhasabah


# Program ini juga turut menampilkan 3 orang ikon di mana salah seorang daripadanya penulis blog yang terkenal, Aisyah Shakirah (inshaallah fiza juga akan menjadi sepertinya suatu hari kelak)..fiza suka melihat blog kak Aisyah ini sebab beliau banyak memainkan peranan sebagai penasihat dan nasihatnya mampu memberikan suatu gambaran jauh untuk kita supaya kita dapat memperbaiki diri dan sentiasa meningkatkan keteguhan kita terhadap Yang Maha Esa. Walaupun beliau menggunakan translation bahasa inggeris dalam penulisan blog, namun ayat yang digunakannya masih dapat difahami oleh kita semua. Fiza memberikan "4 stars" untuk kejayaannya dalam mempengaruhi semua kawan-kawan untuk membaca blognya. 
Seterusnya, pada tepat pukul 3.30 ptg - 5.00 ptg, slot bersama fasilitator turut diadakan bagi menarik minat semua pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM ini untuk memasuki universiti..slot yang telah diberi nama "Jom Masuk U bersama Fasilitator" ini membuatkan fiza dan semua fasilitator yang lainnya turut rasa berdebar dan sibuk bertukar-tukar pandangan untuk mengendalikan semua pelajar seramai 1757 orang ini...fiza dan 2 kawan fasilitator lain ( Ada dari kelab PEKAUMT mankala Fia dari Sahabat YADIM Unisza) akan bertugas untuk mengendalikan 'group 12' di mana kami akan mengendalikan 210 orang pelajar dalam satu masa seperti yang telah disasarkan oleh pihak YADIM. Pada mulanya fiza, Ada dan Fia tidak yakin untuk mengendalikan 210 orang pelajar tersebut, namun perubahan yang tidak disengajakan menyebabkan semua pelajar PLKN terpaksa diarahkan pulang dengan kadar segera dan itu memberikan kesan kepada jumlah pelajar yang bakal kami kendalikan. Akhirnya, kami bertiga hanya diminta mengendalikan 60 orang pelajar sahaja yang tinggal ( kumpulan pelajar yang paling ramai berbanding 13 kumpulan yang lain). 

Fiza cuba buat yang terbaik untuk menarik minat semua adik-adik yang Fiza kendalikan (group 12) supaya dapat menyambung pelajaran sehingga ke peringkat universiti...fiza rasa bersyukur sangat apabila melihat semua adik-adik menunjukkan minat untuk menyambung pelajaran. Apabila Fiza menujukan masalah serta kelemahan yang perlu ditolakkira, hampir 65% mengatakan bahawa kelemahan mereka yang utama untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi adalah kelemahan dari segi penguasaan bahasa Inggeris. Fiza sedih mendengar rata-rata semuanya tidak mahir dalam berbahasa Inggeris, namun Fiza tetap berusaha meyakinkan mereka untuk terus berusaha tanpa jemu untuk menguasai bahasa Inggeris menerusi lagu Inggeris yang popular serta mencari filem@ drama yang mempunyai subtitle bahasa Inggeris. selebihnya, bercakap di hadapan cermin terlebih dahulu sambil merekodkan suara sendiri ketika beucap dalam bahasa Inggeris untuk memperbaiki dari segi teknik "pronounsation"..berikut merupakan gambar adik-adik yang sempat fiza rakamkan untuk dijadikan kenangan bersama (sesetengah adik-adik terus pulang ke rumah tanpa sempat menghadiri sesi penggambaran)...j0m kita enjoy tengok adik-adik yang suci lagi bersemangat untuk belajar ini~

Sekian ini sahaja perkongsian kali ini...akhir kata, tingkatkan ilmu dengan menyegerakaan dan menolong dalam membuat amal kebajikan...sekian, wallahualam~

No comments:

 
Sparkly Santa Hat Ice Cream